Minggu, 17 Juni 2012

KEISTIMEWAAN WANITA

1. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 70 orang pria yang soleh.
2. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk dari pada 1,000 pria yang jahat.
3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, maka derajatnya sama dengan orang yang sentiasa menangis kerena takut kepada Allah S.W.T. barang siapa yang takut kepada Allah S.W.T. maka jasadnya diharamkan atas api neraka.
4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah.
5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersamaku (Rasulullah S.A.W.) di dalam syurga.
6. Barang siapa yang mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah surga.
7. Diceritakan oleh Aisyah r.a. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu dari anak2 perempuannya, lalu ia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya dari api neraka.
8. Surga itu di bawah telapak kaki ibu.
9. Apabila memanggilmu kedua orang tuamu (secara bersamaan), maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.
10. Wanita yang taat kepada suaminya, maka akan tertutup baginya pintu-pintu neraka dan terbuka baginya pintu-pintu surga. Masuklah ia dari pintu manapun yang ia kehendaki.
11. Wanita yang taat kepada suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya minta ampun kepada Allah untuknya selama ia masih taat kepada suaminya.
12. Aisyah r.a. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W., siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda, "Suaminya." "Siapa yang lebih berhak terhadap pria?" tanya Aisyah kembali, Jawab Rasulullah S.A.W. "Ibunya."
13. Apabila seorang wanita sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, masuklah ia ke dalam surga dari pintu manapun yang ia kehendaki.
14. Setiap wanita yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T. memasukkan dia ke dalam surga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
15. Apabila seorang wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka para malaikat memohonkan ampun kepada Allah untuknya. Allah mencatatat baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapus darinya 1,000 kejelekan.
16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T. mencat baginya pahala orang yang berjihad di jalan Allah S.W.T.
17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah ia dari dosa-dosa seperti keadaan di waktu ibunya melahirkannya.
18. Apabila telah lahir (anak) lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan air susunya diberi satu kebajikan.
19. Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit dengan ikhlas, maka Allah S.W.T. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T.
20. Rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
21. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
22. Wanita yang kurang tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah seluruh dosanya.
23. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.
24. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
25. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadah pada malam hari.
26. Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
27. Jika wanita menyusui anaknya sampai waktu yang ditentukan (2 thn), maka malaikat-malaikat dilangit akan khabarkan berita bahwa surga wajib baginya. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

betapa Islam begitu menghormati dan menghargai para wanita yang sholehah. Berbahagialah engkau wahai bidadari penghuni surga......

0 komentar:

Posting Komentar